![]() ![]()
|
FANFIC (SILENT NAMJA) PART1 Monday, 1 December 2014 | 0 Comment Assalamualaikum,Annyeonghaseyo.Hari ni nak bagi fanfic,hope korang suka larh yo???
SILENT NAMJA (part1)
Sungyeol berjalan mengelilingi taman yang diterangi cahaya
bulan. Wajahnya kelihatan letih. Terlalu letih. Dia duduk seketika di atas
bangku yang terletak menghadap tasik. Permukaan tasik memantulkan cahaya bulan.
Wah! Sungyeol mengukir senyuman yang terlakar kelesuan di situ. Cantiknya! Dia
malas mahu pulang. Dia benci rumah! Segala-galanya di rumah! Tiada satu pun
yang disenanginya. Dia terfikir sama ada mahu pulang ataupun tidak. Tiba-tiba
kedengaran derap kaki seseorang berhenti di belakangnya.
“Sungyeol ah,omma awak suruh balik.” Ujar Naeun.
Sungyeol berpura-pura tidak dengar. Wajahnya langsung tidak
memandang Naeun yang sedang berdiri di belakangnya.
“Sungyeol.” Tutur Naeun lagi.
“saya taknak balik.” Jawab Sungyeol.
“takkan awak nak tidur kat sini?” wajah Naeun bertukar
cemas. “sekarang ni dah lewat malam,saya redah sejuk malam ni semata-mata nak
cari awak. Takkan awak nak biarkan saya pulang sendiri?” Suara Naeun kedengaran
lemah sekali.
Biarpun Sungyeol tidak berkata apa-apa,namun jelas sekali
dia mengalah terhadap permintaan Naeun. Dia bingkas bangun daripada bangku yang
didudukinya sebelum berjalan mendahului Naeun. Selang beberapa tapak,dia
menoleh ke belakang setelah menyedari Naeun tidak mengikutinya.
“Naeun sshi!” Sungyeol berpatah balik ke tempat di
mana dia duduk sebentar tadi. Kelihatan Naeun sudah terbaring. Wajahnya pucat
tidak berdarah. Sungyeol mulai cemas dan serba-salah. Dia mendukung Naeun
sehingga mereka tiba di rumah.
Next part wil be update soon. Annyeong! :) TATA!!
|