Mimin Punye Belog

HOME ABOUT STUFF BIASES FOLLOW DASHBOARD

My name is Nik Hana Yasmin . The little Da'ie . Sweet 13 . ;






© Skin by Atiqah Jaidin
© Inspired by Myra.
© Image from .
© Edited by Nana Cuna
Fanfic(SILENT NAMJA)Part2
Tuesday, 2 December 2014 | 0 Comment

Part2

Puan Sandara yang sedari tadi menungggu kepulangan mereka terkejut melihat Sungyeol mendukung Naeun.
“what’s happening?” soal Puan Sandara.
Sungyeol memandang ommanya sebelah mata sebelum mengangkat bahu. Dia lebih tergesa-gesa menaiki tangga menuju ke bilik Naeun. Dia meletakkan Naeun di atas katil dengan cermat. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Naeun.
“omo! Panasnya!” rungut Sungyeol sambil menggeleng kepala. Atas rasa tanggungjawab kerana menyebabkan Naeun keluar pada waktu malam untuk mencarinya, Sungyeol turun ke dapur bagi mendapatkan air suam. Dia tidak menghiraukan Puan Sandara yang sedang memandangnya dari arah ruang tamu.
Dia meletakkan kain yang direndam dengan air suam tadi ke atas dahi Naeun dan menyapu lembut kain tersebut ke seluruh muka dengan harapan supaya gadis itu tersedar. Seketika kemudian Naeun membuka matanya,namun ianya sekadar dalam tempoh 5 saat sebelum kembali terpejam.
Sungyeol menggeleng kepala lagi. “aigoo. Wake up Naeun sshi,jebal!” tiba-tiba pintu bilik Naeun diketuk sebelum terbuka sendiri. Okey,Puan Sandara.
“Sungyeol ah,apa dah jadi?” soalnya lembut.
Sungyeol sekadar mengunci mulutnya serapat mungkin. Diam. Tidak perlu kata apapun.
Puan Sandara memandang wajah Naeun,anak angkatnya. Sungyeol segera berlalu keluar sebelum berhenti di muka pintu.
“Sungyeol,terima kasih.” Ujar Puan Sandara.
Sungyeol masih lagi mengunci  mulut dan terus melangkah pergi. Puan Sandara menggeleng melihat tingkah Sungyeol.



p/s:aku memang excited nak abiskan fanfic ni! xD