Mimin Punye Belog

HOME ABOUT STUFF BIASES FOLLOW DASHBOARD

My name is Nik Hana Yasmin . The little Da'ie . Sweet 13 . ;






© Skin by Atiqah Jaidin
© Inspired by Myra.
© Image from .
© Edited by Nana Cuna
Fanfic(SILENT NAMJA)Part3
Tuesday, 2 December 2014 | 0 Comment

Part3

Pagi itu,seperti biasa,Sungyeol berjalan kaki ke sekolah. Namun bezanya hari ini tiada Naeun, anak angkat ommanya. Dia tidak merasa sebarang janggal biarpun terpaksa bersarapan sendirian di kedai serbaneka. Kalau ada Naeun pun,bukannya mereka berborak. Cuma terasa agak kosong tanpa haruman Naeun dan derap kaki sendiriannya.Setibanya dia di sekolah,dia ditegur oleh Hoya,musuh ketatnya sejak Sekolah Menengah Rendah.
“adik angkat mana?” soal Hoya sinis.
Sungyeol berpura-pura pekak. Dia tetap meneruskan langkahnya dengan tenang. Sememangnya dia bagaikan tiada reaksi lain melainkan,tenang,berpura-pura pekak, dan ekspresi geram tanpa suara. Wajahnya langsung tidak terrkesan dengan sindiran Hoya.
“hei,awak dah kenapa?” Hoya menyaingi langkah Sungyeol. Sungyeol langsung tidak memandang Hoya. Hoya merentap kasar bahu Sungyeol. “awak tak dengar ke saya cakap dengan awak?” soal Hoya keras sambil memandang Sungyeol.
Sungyeol membalas pandangan Hoya. Dia mengangguk sekali sebelum meneruskan langkahnya. Hoya mengetap bibir menahan geram apabila menerima reaksi seperti itu.
Selang beberapa tapak Sungyeol melangkah, dia menoleh, “awak ni macam perempuan.” Ujar Sungyeol sebelum tersenyum sinis.
Hoya tersentak. Wajahnya berkerut. Dia mengepal penumbuknya sebelum menghela nafas panjang.
Sungyeol menapak ke kelasnya tanpa memandang ke belakang lagi. Biarkan saja Hoya yang sentiasa mencari masalah dengannya itu.
“Sungyeol hyung,ada orang beri kat hyung.” Ujar seorang junior sambil menghulurkan sehelai nota. Sungyeol menyambut huluran kertas itu sebelum memandang junior itu berlalu meninggalkannya.
Sungyeol,jumpa saya di bangunan A1-MinAh’
Sungyeol diam. Wajahnya berkerut. Oh,dia tak akan pergi berjumpa dengan orang yang berkirim nota seperti ini. Kertas itu dikoyakkan  sebelum dilemparkan begitu sahaja.


p/s:Alhamdulillah,fanfic ni da smpi part3.Rasanya banyak lagi blom post.. urmm... Tata!