Mimin Punye Belog

HOME ABOUT STUFF BIASES FOLLOW DASHBOARD

My name is Nik Hana Yasmin . The little Da'ie . Sweet 13 . ;






© Skin by Atiqah Jaidin
© Inspired by Myra.
© Image from .
© Edited by Nana Cuna
Fanfic(SILENT NAMJA)Part4
Tuesday, 2 December 2014 | 0 Comment

Part4

Tengah hari itu,selepas tamat waktu persekolahan Sungyeol tidak terus pulang ke rumah, tetapi dia singgah sebentar di sebuah gerai yang menjual minuman dan bubur seperti biasa. Dia menikmati bubur nasi di situ sebelum membeli semangkuk bubur lagi untuk Naeun kerana kebiasaannya mereka akan makan tengah hari bersama.  Setibanya di rumah, rumahnya kelihatan kosong dan sunyi. Daun pintu terbuka luas ditiup angin.
“Naeun sshi. Are you home?” Sungyeol bersuara dari tingkat bawah.
Senyap.Tiada langsung sahutan. Sungyeol melangkah ke tingkat atas dan meluru ke bilik Naeun. Kosong! Mana Naeun? Jantungnya berdegup laju. Tiba-tiba pintu bilik Naeun ditolak dari luar. Sungyeol tersentak. Kepalanya laju menoleh.
“Sungyeol ah,kenapa awak tak datang jumpa saya?” bentak MinAh dengan wajah cemas.
“saya tak ada masa.” Balas Sungyeol acuh tak acuh. Mindanya lebih tertumpu kepada kehilangan Naeun.
“awak tahu tak Naeun dalam bahaya sekarang ni?” MinAh menyoal kasar.
Sungyeol mendekati MinAh. “apa maksud awak?”
“appa kandung Naeun jual dia pada sindiket. Dan sekarang ni dia akan dihantar ke Thailand dalam tempoh 3 hari. 3 hari! Tahu tak apa akan jadi kalau kita lambat? Tahu tak?!” MinAh menggoncang kuat bahu Sungyeol.
“dia kat mana sekarang ni?” soal Sungyeol tanpa memandang MinAh.
“Cuma Hoya saja yang tahu.” Bicara MinAh mengejutkan Sungyeol.
“Hoya?” Sungyeol terpinga.
“mungkin awak lupa,Hoya musuh awak. Tetapi dia sahabat saya dan Naeun.” MinAh tersenyum sinis. “lainkali kalau dapat nota,jangan koyakkan.” Arah MinAh.
“mianhei.” tutur Sungyeol lemah.