Mimin Punye Belog

HOME ABOUT STUFF BIASES FOLLOW DASHBOARD

My name is Nik Hana Yasmin . The little Da'ie . Sweet 13 . ;






© Skin by Atiqah Jaidin
© Inspired by Myra.
© Image from .
© Edited by Nana Cuna
Fanfic(SILENT NAMJA)Part5
Tuesday, 2 December 2014 | 0 Comment

Part5


Mereka meredah gelap malam. Sebelum mereka ke mari,MinAh sudah pun menghantar khidmat pesanan ringkas tentang kedudukan mereka kepada Puan Sandara. Kelihatan sebuah kereta mewah diparkir bersebelahan sebuah van berwarna hitam. Nampak mencurigakan. Terlalu mencurigakan!
“inilah port sindiket tu.” Ujar Hoya.
“gomawo,Hoya.” Hanya itu yang mampu Sungyeol ucap.
“cheonma.” Balas Hoya.
Mereka mula memerhati gerak-geri sindiket itu sementara MinAh pula sedang berbual secara bisik dengan Puan Sandara melalui telefon. Tiba-tiba seorang lelaki berbadan tegap membawa keluar seorang perempuan yang tampak lemah dari dalam van. Hoya dan Sungyeol berpandangan sesama sendiri. Dahi mereka sama berkerut. Itu Naeun! Sungyeol kelihatan tergesa-gesa mahu mendapatkan Naeun. Namun Hoya sempat menghalang. Sungyeol kembali mengintip seperti posisi tadi. Namun dia kembali berdiri setelah melihat seorang lelaki menampar Naeun. Oh,tak sanggup rasanya! Dia segera berlari ke arah mereka sebelum menumbuk lelaki yang menampar Naeun tadi. Hoya yang tidak sempat menghalang kali ini turut bertempur bersama Sungyeol bagi mengalahkan geng sindiket itu.
“berhenti! Kau siapa nak buat kacau kat sini?” ujar seorang lelaki berusia separuh abad. Kemungkinan besar lelaki itu ketua bagi geng sindiket itu.
“lepaskan budak perempuan tu!” Sungyeol bersuara kasar. Dia tidak mampu bergerak lagi kerana dia sudah dipegang kuat oleh gengster.
“aku beli dia!” lelaki tua itu menjerit. “ habiskan budak-budak mentah ni. Mereka belum kenal siapa aku!” arah lelaki tadi.
Beberapa orang gengster seperti yang diarahkan membelasah teruk Sungyeol dan Hoya.
“hajima!!” jerit Naeun dengan deraian air mata. “hajima..” dia bersuara lirih.
“yahh! Shut up you!” lelaki tadi menampar Naeun berkali-kali.
Entah dari mana datangnya kekuatan Sungyeol,dia berjaya mengalahkan gengster yang membelasahnya tadi. Dia ingin menghampiri Naeun,namun lelaki yang memegang Naeun itu lantas mengacukan pistol ke arah Sungyeol.
“Sungyeol ah,hajima!” ujar Naeun.
“andwae!” balas Sungyeol. Dia semakin mara,lantas satu das tembakan tepat mengenai perut Hoya yang menghalang peluru itu.
“argggh!!!” jerit Hoya
Sungyeol tergamam. Lantas dia berlari ke arah lelaki yang telah menembak Hoya dan menumbuknya. Dia membawa Naeun lari ke dalam sebuah bangunan lama. Kesemua gengster di situ mengejar mereka. Menyedari Naeun terlalu lemah,Sungyeol terpaksa menarik tangan Naeun memandangkan dia tidak berdaya menukung Naeun pada waktu begini.
Sementara Hoya yang terbaring di situ diberi bantuan kecemasan oleh MinAh. Mujurlah pendarahan dapat dihentikan dengan cepat memandangkan kecederaaan yang dialami tidak begitu serius. MinAh memapah Hoya kembali ke tempat persembunyian mereka.
Di dalam bangunan lama yang gelap itu,mereka berkejar-kejaran. Sungyeol yang terlalu penat berlari masuk ke sebuah bilik lama yang kosong tanpa disedari gengster-gengster yang mengejar mereka.
“Sungyeol ah,waeyo? Kenapa awak buat begini? Awak tahu tak nyawa awak dalam bahaya?!” soal Naeun dengan deraian air mata yang deras.
Sungyeol mengangguk. Dia membisu. Seperti biasa.
“awak tak sayang nyawa ke? Stop to do this! Hajima! Beri sahaja saya pada mereka.” Rayu Naeun.