Mimin Punye Belog

HOME ABOUT STUFF BIASES FOLLOW DASHBOARD

My name is Nik Hana Yasmin . The little Da'ie . Sweet 13 . ;






© Skin by Atiqah Jaidin
© Inspired by Myra.
© Image from .
© Edited by Nana Cuna
Fanfic(SILENT NAMJA)Part6
Tuesday, 2 December 2014 | 0 Comment

Part6


Kedengaran derap tapak kaki berada di luar bilik tersebut. Sungyeol yang seakan tahu Naeun mahu menyambung bicaranya segera menolak Naeun agar rapat ke dinding. Dia mengucup  mulut Naeun supaya gadis itu tidak lagi bersuara sehinggalah derap kaki itu menjauh. Lama jugalah mereka dalam posisi sebegitu. Naeun tergamam. Matanya membulat sementara Sungyeol memejamkan matanya. Apabila Sungyeol pasti tiada sesiapa di luar,barulah dia melepaskan Naeun.
“mian.” Ujar Sungyeol sambil memandang wajah Naeun.
Naeun tunduk. Dia kembali mengangkat wajahnya saat terdengar bunyi riuh di luar. “polis?”
Sungyeol meletakkan jari telunjuknya di bibir Naeun. Dia memegang segenap wajah Naeun yang lebam-lebam akibat ditampar ketua gengster itu. “gwenchana?”
Naeun mengangguk. Perlahan-lahan dia mengalihkan jari telunjuk Sungyeol. “polis ke kat luar tu?” soal Naeun.
“eodi?” balas Sungyeol. Dia menjenguk sedikit ke luar. Melihatkan pihak polis mulai mengerumuni bangunan lama tersebut,dia mengambil peluang membawa Naeun keluar dari situ.
“saya dukung awak,kita terbang.” Buat kali pertama dalam hidupnya,Sungyeol tersenyum ikhlas buat Naeun dan berkata mesra. Dia mendukung Naeun ala-ala piggy-back. Sungyeol berlari pantas keluar daripada bangunan yang sudah dikepung itu.
Benar kata Sungyeol,mereka bagaikan terbang. Laju! Bahagia! Naeun tersenyum. Air matanya mengalir namun dia mengelap air matanya pada bahu Sungyeol. Sungyeol tidak berkata apa-apa. Setelah beberapa bulan duduk serumah sebagai keluarga angkat,rasanya inilah kali pertama mereka berada sedekat ini selain kejadian tadi.
Setelah berjaya keluar daripada bangunan tersebut,Sungyeol menurunkan semula Naeun. Naeun tersenyum. Kakinya jejak semula ke tanah. Dia tertunduk saat mata Sungyeol memandang ke arahnya. “ada nak cakap apa-apa?” soal Sungyeol.
Naeun terdiam. “erm,urm..gomawo?” balasnya teragak-agak.
“itu saja? Hurm,saya fikir awak nak cakap  benda lain.hurmm.” keluh Sungyeol kecewa sebelum berlalu pergi.
Naeun tersentak. Dia menarik lengan Sungyeol. Air matanya mengalir. Mulutnya bergetar menahan bicara. “saranghae,Sungyeol ah. Oppa,I love you. Saya cintakan awak. Gomawo sebab buat saya jatuh hati pada awak.Gomawo sebab selamatkan saya dan segalanya.” Ujar Naeun lantas memeluk erat Sungyeol bersama air mata.
Sungyeol turut tersenyum lebar. Dia mengusap rambut Naeun dengan penuh kasih sayang. Meskipun tidak membalas luahan cinta Naeun,Sungyeol tetap mencintai Naeun. Dia menyedari hatinya mula terpaut saat Naeun jatuh sakit. Mengapa dia terlalu risau sehingga menjaganya dengan rasa tanggungjawab. Seterusnya apabila Naeun hilang,jantungnya bagai gugur ke tanah. Hatinya dipagut pilu. Air mata lelakinya mengalir terharu namun pantas diseka.
“Sungyeol ah,saya ada satu permintaan.” Ujar Naeun dalam pelukan Sungyeol.
Sungyeol diam seperti selalu.
“berbaik dengan omma awak,saya merayu. Jebal.” Air mata Naeun sekali lagi tumpah. Cuma kali ini yang tumpah itu air mata pengharapan.
“ I will.” Balas Sungyeol.