Mimin Punye Belog

HOME ABOUT STUFF BIASES FOLLOW DASHBOARD

My name is Nik Hana Yasmin . The little Da'ie . Sweet 13 . ;






© Skin by Atiqah Jaidin
© Inspired by Myra.
© Image from .
© Edited by Nana Cuna
Fanfic(SILENT NAMJA)Part 7 ending
Tuesday, 2 December 2014 | 0 Comment

Part7(ENDING)


Sungyeol mengetuk pintu bilik Puan Sandara. Puan Sandara membuka pintu dan menghadiahkan sekuntum senyuman buat anak lelakinya. “masuklah.”
“kamsa.” Tutur Sungyeol.
“kamu duduklah dulu. Omma nak kemas meja sikit. Berserak.” Puan Sandara berkata ramah meskipun selama ini anaknya sering melayannya dingin. Kehadiran Sungyeol ke biliknya hari ini membuatkan dia berasa sangat gembira. Setelah itu dia mengajak Sungyeol duduk di birai katil.
“ada apa kamu nak jumpa omma ni?” soal Puan Sandara membuatkan Sungyeol yang sedang termenung sedikit terkejut.
Dia berdehem sedikit. “ehem,omma,sebenarnya saya nak minta maaf pada omma.” Ujar Sungyeol.
Puan Sandara masih lagi tersenyum.                   
“mianhei,I’m sorry for everything.” Tutur Sungyeol ikhlas.
“omma nak tanya kamu boleh?”
Sungyeol mengangguk.
“kenapa kamu terlalu membenci omma?”
Sungyeol menelan air liurnya yang dirasakan tersekat. Kelat. Soalan apakah ini? Maut bunyinya! “kalau saya cerita,omma sedia maafkan saya?”
“apa-apa saja untuk kamu,sayang. Omma takkan membenci kamu andainya itu alasan yang bakal bahagiakan omma.” Balas Puan Sandara tenang.
Sungyeol membuang pandang ke luar tingkap. “tujuh tahun dulu,semasa saya berada di sekolah rendah,appa meninggal. Sebab selamatkan omma dalam satu kebakaran. Saya rasa omma lah punca kematian appa. Tetapi,semenjak saya menyelamatkan seseorang,saya mula terfikr. Selamatkan orang? Nyawa kita ni terlampau murah. Saya anggap omma pemusnah keluarga bahagia saya. Mianhei omma. Mianhei!” air mata Sungyeol mengalir deras buat pertama kalinya di hadapan ommanya.
Puan Sandara lantas memeluk erat anak lelakinya. “mianheo,Sungyeol. Omma tak pernah berharap semua ni berlaku.” Puan Sandara turut menangis.
“boleh ke omma terima saya lepas dengar alasan saya yang langsung tak masuk akal ni?” soal Sungyeol.
“setiap orang layak diberi peluang kedua. Sungyeol kamu dengar ni. Omma tak pernah membencimu walau sesaat. Omma sayangkan kamu sepanjang hayat omma!” tutur Puan Sandara membuatkan air mata Sungyeol tak henti mengalir.
“gomawo omma!” ujar Sungyeol.



Naeun yang mendengar butir bicara anak-beranak itu dari luar bilik tersenyum lebar. Air matanya turut mengalir dek kerana menahan sebak. Dia menghubungi MinAh untuk mengetahui keadaan MinAh dan Hoya memandangkan selepas kejadian itu mereka langsung tidak bertemu kerana mereka sudah dibawa ke hospital. Apabila Naeun mahu ke hospital, MinAh dan Hoya sudah pun tiada.
“yeoboseyo,MinAh. Boleh  kita jumpa?” soal Naeun.
“yeoboseyo,Naeun ah. Gwenchana? Of course!” balas MinAh dari dalam talian.
“nae. Gwenchana. Kita jumpa di taman petang ni. Annyeong!” Naeun segera mematikan talian.
Dia segera bersiap-siap untuk bertemu dengan MinAh. Petang itu seperti yang dijanjikan mereka bertemu jua di taman. Naeun tiba awal seminit berbanding MinAh.
“annyeonghaseyo!” ujar mereka serentak.
Naeun menarik tangan MinAh ke arah buaian. Mereka sama-sama mengayun buaian itu.
“MinAh,Hoya okey?” soal Naeun.
“semakin pulih.” MinAh tersenyum. “awak nak tahu tak?”
“apa dia?” Naeun memandang wajah sahabatnya itu.
“Hoya cakap,dia nak lamar saya lepas kami tamat belajar.” MinAh tersipu malu.
“jinjja?! Chukkhae!” tutur Naeun yang gembira mendengarkan berita itu.
“gomawo.” MinAh tersenyum.
“Sungyeol dengan omma dah berbaik.” Beritahu Naeun dengan wajah gembira.
“penantian awak dah berakhir. Tapi ada satu lagi,cinta awak?” MinAh memandang anak mata Naeun.
“dia,terima saya.” Naeun tersenyum. Dia lantas berdiri daripada buaian yang didudukinya.
MinAh turut sama mengikuti jejak langkah Naeun. “maksud awak?”
“dia,terima saya!” ujar Naeun sekali lagi dengan deraian air mata terharu. Mudah betul budak seorang ni menangis!
“maksud awak Sungyeol?” MinAh teruja.
“nae.” Angguk Naeun.
“saya harap silent namja tu ikhlas dan tak berpura-pura.”  Min Ah bersuara penuh pengharapan.
“saya pun harap benda yang sama. Kejap,apa awak panggil tadi? Silent Namja? Nice nickname. Dia Silent Namja saya. Jangan pernah sentuh dia sebab dia milik saya.” Ujar Naeun berpura-pura serius.
Mereka berdua tergelak tanda mengakhiri kisah derita yang dilalui sebelum mengecap bahagia!!!
-TamaT-


 Alhamdulillah tamat!!! Fuh,letih tahu?Aku sampai tak tidur malam tau siapkan benda ni. Okeylah. Annyeong! Tata! Enjoy your read. :)